Ahad, 1 September 2013

Khasiat daun belalai gajah

Khasiat daun belalai gajah
tREND masyarakat moden hari ini yang bergantung sepenuhnya kepada perubatan klinikal punca generasi muda tidak lagi menghargai khasiat tumbuhan herba sebagai salah satu sumber rawatan.
Anda mungkin tidak mengetahui tumbuhan hiasan yang selama ini ditanam di kawasan rumah sebenarnya adalah pokok herba yang kaya dengan pelbagai khasiat.
Tumbuhan herba adalah sebahagian daripada warisan budaya Melayu kerana khasiatnya mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit sejak zaman berzaman.
Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass (SSG) misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130901/kn_02/Khasiat-daun-belalai-gajah#ixzz2dhTGaCmI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Khasiat daun belalai gajah

Khasiat daun belalai gajah

Produk dari daun belalai gajah yang telah diakstrakkan
boleh didapati di pusat jualan kami 

Selasa, 13 Ogos 2013

Daun Belalai Gajah (Clinanuthanus / Sabah Snake Grass)



Apa itu Herba Belalai Gajah?

Belalai Gajah


Herba perubatan ini dikenali sebagai Daun Belalai Gajah, Sabah Snake Grass (SSG), You Dun Chao atau Clinacanthus Nutans. Ia tergolong dalam keluarga Acanthaceae dan tumbuh dengan baik di negara-negara cuaca tropika seperti Malaysia atau Indonesia. Daun Belalai Gajah (Clinacanthus Nutans) boleh dibiak melalui keratan batang. Secara umumnya, kematangan SSG adalah 3-9 bulan



       Herba perubatan ini dikenali sebagai Daun Belalai Gajah, Sabah Snake Grass (SSG), You Dun Chao atau Clinacanthus Nutans. Ia tergolong dalam keluarga Acanthaceae dan hidup subur di negara-negara cuaca tropika seperti Malaysia atau Indonesia. Daun Belalai Gajah (Clinacanthus Nutans) boleh dibiak melalui keratan batang. Secara umumnya, kematangan SSG adalah di antara 3-9 bulan.
      Kajian mendapati bahawa Daun Belalai Gajah (Clinacanthus Nutans) tidak mengandungi toksik, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan,vitamin dan asid amino. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, pesakit kanser dari Malaysia mendapati bahawa pengambilan Daun Belalai Gajah mempunyai kesan yang baik terhadap kanser. Daun Belalai Gajah atau SSG juga mendakwa dapat menyembuhkan penyakit kencing manis, dermatitis, mengurangkan kesakitan belakang, tekanan darah tinggi atau asid urik yang tinggi.
Berita berikut telah diterbitkan pada 4/5 & 4/6 @ Guang Ming Daily akhbar di Malaysia.
      “Seorang lelaki yang mempunyai kanser limfa – Peringkat 4 dengan 123 nod limfa terjejas. Kanser beliau bermula pada Mac 2008. Bahagian yang terjejas: 1: paru-paru kanan, 2: paru-paru kiri, 3: pangkal paha, 4: Mata dan 5: Mulut. Selepas menjalani kemoterapi sebanyak 9 kitar, dia berhenti rawatan pada 10/11/2008 kerana 5 pakar-pakar berkata, beliau hanya boleh hidup selama 3 bulan. Hari ini, selepas 2 tahun, beliau telah pulih dan masih hidup. Terima kasih kepada Daun Belalai Gajah (Clinacanthus nutans) yang ditanam di luar rumahnya. Beliau mengisar Daun Belalai Gajah dengan epal hijau (tanpa kulit dan biji) dan minum kisaran daun selepas sarapan pagi setiap hari. Selepas 3 hari, 6 tumor hilang. Selepas 13 hari, beliau menguji darahnya dan pakar onkologi berkata bahawa dia telah 96% sembuh. Beliau menggalakkan mereka yang mengalami pelbagai jenis kanser mengambil daun herba ini untuk penyembuhan dan setakat ini lebih daripada 1,000 orang yang telah mengambil herba mendakwa keadaan mereka semakin bertambah baik. “
KEPERLUAN JUMLAH HELAI DAUN BELALAI GAJAH BAGI PENGIDAP KANSER:

TAHAP KANSER:

Peringkat 1 - perlu makan 30 helai daun setiap hari.
Peringkat 2 - perlu makan 50 helai daun setiap hari.
Peringkat 3 - perlu makan 100 helai daun setiap hari.
Peringkat 4 - perlu makan 150 ke 200 helai daun setiap hari.

Jumlah helaian daun yang perlu dimakan ini akan berkurangan mengikut peringkat penyembuhan kanser.

Kami amat mengesyorkan agar membeli produk ini kerana ianya telahpun siap diproses dengan campuran epal dan limau yang akan membantu merawat kanser.  Juga adalah terlebih baik lagi UTurn Fresh ini dimakan bersama dengan UTurn Plus Drink.

keratan akhbar



ARTIKEL mengenai khasiat daun belalai gajah yang diterbitkan oleh ruangan ini pada 12 November tahun lalu mengundang reaksi di kalangan para pengguna daun herba itu.
Mereka tampil mahu berkongsi pengalaman masing-masing dengan harapan ia akan membantu ramai lagi orang yang mengalami penyakit yang kadang kala sukar untuk sembuh.
Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass telah lama dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.
Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.
Dalam satu pertemuan di ladang belalai gajah milik You Dun Chao Herbs Farm Sdn. Bhd di Jalan Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini, pengguna produk daun belalai gajah jenama UTURN keluaran You Dun Chao Healthcare Products Sdn. Bhd. menceritakan pengalaman masing-masing mengenai khasiat daun berkenaan.
Muhammad Nur Shahir Mat Hussin, 24, mengidap aplastic aneamia sejak kecil.
Aplastic aneamia adalah satu keadaan yang mana sum-sum tulang tidak menghasilkan sel-sel baru yang mencukupi untuk mengisi sel-sel darah.
Penyakit itu menyebabkan beliau asyik tidur kerana keletihan dan tidak dapat tidur lena pada waktu malam kerana terlalu banyak makan ubat.
Menurutnya, pada tahun 2009, dia mengidap diabetes sehingga memaksanya mengambil insulin sebanyak empat kali sehari.
Bagaimanapun, kesihatannya mula berubah selepas mengambil produk daun belalai gajah pada Jun tahun lalu.
Jelasnya, mulai Oktober tahun yang sama, dia mengambil kapsul dan jus ekstrak belalai gajah dan keadaan kesihatannya semakin bertambah baik.
Pekerja kilang, Nur Amirah Mohd. Adi, 18, mengidap neprhotic syndrome sejak kecil.
Masalah tersebut merujuk kepada gangguan buah pinggang yang menyebabkan pengidapnya kurang kencing atau mengalami kencing tidak lawas.
Katanya, akibat penyakit itu, kaki menjadi bengkak, perut buncit dan berat badan bertambah, mata kuning serta tidak dapat tidur lena pada waktu malam.
"Ketika berumur lima tahun, saya pulih selepas mengambil steroid tetapi penyakit tersebut kembali berulang ketika berumur 16 tahun menyebabkan saya terpaksa berhenti sekolah,'' ujarnya.
Nasibnya mula berubah apabila diperkenalkan dengan produk belalai gajah oleh Pengarah Eksekutif You Dun Chao Healthcare Products Sdn. Bhd., Hazmi Haron sejak Mei tahun lalu.
Pelajar tingkatan satu, Muhammad Al Saddiq Fajar, 12, mengidap thalassaemia dengan kadar ferritin dalam darah yang tinggi iaitu pada bacaan 6,779.
Katanya, pada bulan September tahun lalu, dia mula mengambil cecair pati belalai gajah dan selepas itu, tubuhnya mula menunjukkan pemulihan dengan kadar ferritin menurun kepada bacaan 4,000 semasa ujian kesihatan dijalankan pada Oktober tahun lalu.
"Ketika sakit, saya perlu mengambil darah sebanyak dua paket sebanyak dua kali sebulan selain perlu menjalani rawatan mencuci darah," katanya.
Kesan pengambilan produk belalai gajah juga dapat dirasakan oleh kakaknya, Fatin Farhana Fajar, 15, yang turut mengidap penyakit yang sama.
Penasihat kewangan, Nasir Musa, 41, menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan tahap kolesterol tinggi.
"Sebulan saya mengambil produk ini, telah menunjukkan kesan secara fizikal yang mana bila saya membuang air kecil tidak lagi berbuih seperti biasa.''ujarnya
Demikian beberapa pengalaman daripada pengguna mengenai khasiat daun belalai gajah tersebut.
Bagaimanapun mereka yang ingin mencubanya tidak menganggap daun tersebut sebagai kaedah merawat atau ubat sebaliknya hanya membantu mengatasi masalah yang mereka alami.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130128/ag_02/Daun-belalai-gajah#ixzz2bs31eKXx
© Utusan Melayu (M) Bhd